Halaman

16 November 2014

Kesilapan Jkkp Pada Pembaharuan Versi Terbaru Sijil Pendaftaran Crane Operator

                                                  
Sedikit sinopsis tentang Jkkp..
Jkkp atau dengan ayat panjangnya ialah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.Jabatan ini merupakan sebuah jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi mengeluarkan Sijil Pendaftaran Crane Operator kepada newbie crane operator yang telah lulus dengan jayanya dalam kursus pengendalian crane.Apabila Sijil Pendaftaran Crane Operator dikeluarkan oleh Jkkp kepada newbie crane operator yang telah tamat kursus pengendalian crane,ini secara automatiknya akan melayakkan newbie crane operator itu digelar sebagai Qualified Crane Operator.
Tamat sinopsis tentan Jkkp..

Disini aku bukan nak bercerita pasal newbie crane operator atau Qualified Crane Operator atau sebagainya,tapi aku nak berkongsi satu masaalah supaya pihak yang bertanggungjawab dalam pengeluaran Sijil Pendaftaran Crane Operator iaitu Jkkp,dapat tahu bahawa adanya masaalah berlaku tentang Kesilapan Jkkp Pada Pembaharuan Versi Terbaru Sijil Pendaftaran Crane Operator.

Sebelum pengumuman dari Jkkp tentang pembaharuan versi lama sijil pendaftaran crane operator kepada versi baru,sijil tersebut adalah bewarna putih dan sijil yang dikeluarkan adalah berasingan,maksud sijil yang berasingan ialah,jika crane operator itu mempumyaai 2-3 course iaitu course mobile,crawler dan tower crane.sijil akan dikeluarkan berasingan iaitu satu sijil untuk satu course.

Pada tahun 2007, Jkkp telah melakukan perubahan pada sijil pendaftaran crane operator versi lama kepada sijil pendaftaran crane operator dalam bentuk versi baru.perubahan versi sijil baru yang dimaksudkan ialah sijil dikeluarkan bewarna hijau dan kesemua course yang diambil iaitu course mobile,crawler dan tower crane telah digabungkan menjadi satu sijil sahaja.

Apa Sebenarnya Kesilapan Yang Jkkp Terlepas Pandang Pada Sijil Pendaftaran Crane Operator Versi Terbaru ni,Punca masaalahnya adalah seperti gambar diatas iaitu dalam boader yang aku warnakan dengan warna merah tu..iaitu kesilapan pada tarikh pendaftaran.

Untuk pengetauhan pihak Jkkp,OK.. aku nak berkongsi cerita masaalah yang timbul pada sijil pendaftaran operator crane kepunyaan aku sendiri.sebenarnya aku mempunyaai 2 sijil pendaftaran crane operator..
1-Sijil Pendaftaran Crane Operator-Mobile Crane
2-Sijil Pendaftaran Crane Operator-Crawler Crane

Kedua-dua Sijil Pendaftaran Crane Operator ni,telah dikeluarkan oleh Jkkp kepada aku pada tahun 1998 ,dan pada tahun 2007 ianya kedua-dua sijil aku ni,telah digabungkan menjadi satu dalam bentuk sijil versi baru,dan yang bermasaalahnya ialah tarikh pendaftaran lama telah berubah menjadi dengan tarikh pendaftaran yang baru.

Dengan sijil versi baru yang menggunakan dengan tarikh pendaftaran baru,dengan kehilangan tarikh pendaftaran lama, Ini bermakna aku telah kehilangan pengalaman kerja sebagai crane operator selama 7 tahun,untuk pengetauhan Jkkp, berapa lama pengalaman kerja adalah amat penting pada setiap crane operator.Agaknya kemanakah, Jkkp telah melupuskan tarikh lama yang sedia ada pada sijil pendaftaran lama crane operator tu.

Aku harap Jkkp dapat mengubah semula sijil yang aku anggap satu kesilapan ini,dan semoga tidak akan berlaku lagi pada crane operator yang lain.



15 November 2014

Bagi Peluang Pada Crane Operator Yang Tiada Pengalaman Offshore


Kenapa cukup susah nak mula kerjaya sebagai Crane Operator Offshore?Aku cukup benggang bila ada sesi temuduga dengan syarikat offshore,mereka bertanya soalan cepu emas, "Awak ada pengalaman sebagai crane operator offshore berapa lama?Kalau tak ada pengalaman offshore,awak tak diterima bekerja sebagai crane operator offshore.

Patut ke!! dia orang cakap macam tu,pada pendapat dan dengan pemikiran sempit aku ni,macam mana nak dapatkan pengalaman kerja offshore kalau pihak syarikat offshore tak nak bagi peluang pada kami yang tak pernah kerja offshore ni.

Aku dah perabis beribu ringgit,ambil kursus tentang offshore,semata-mata nak dapatkan peluang kerja offshore.kenapa agaknya dia orang takut sangat nak Bagi Peluang Pada Crane Operator Yang Tiada Pengalaman Offshore untuk bekerja dengan mereka.

-Terasa menyesal kerana tidak diberi peluang-


Crane SANY SCC800C Ternyata Mudah Familiar

SANY SCC800C

Kali pertama aku lihat crane SANY SCC800C dengan kapasiti 80 ton ni,aku memang tak berapa yakin untuk mengendalikannya,kenapa aku kurang yakin pada jentera ini,pertama sekali mungkin kerana crane ini Made In China.Yakin atau tidak,aku mesti mengendalikannya juga,kerana aku bekerja di syarikat yang sememangnya mempunyaai crane jenis ni.

Bukan mudah untuk jadikan crane yang baru kita kenalinya supaya lebih Familiar dengan kita.Aku terpaksa menghabiskan masa 2-3 jam untuk mengendalikannya supaya menjadikannya lebih Familiar dengan aku, ternyata salah apa yang aku fikirkan tentang crane SANY SCC800C ni,setelah mengenalinya dengan lebih dekat dapat aku simpulkan Crane SANY SCC800C Ternyata Mudah Familiar dengan pengendalinya iaitu Crane Operator.

1 November 2014

Jambatan Bukit Kuang Dalam Kenangan Bersama Hitachi KH-500


Inilah senjata hebat yang otai operate semasa pembinaan projek susur keluar Jambatan Bukit Kuang pada 2013 yang lepas.Crawler crane Hitachi KH-500 dengan kapasiti 100 ton ni memang berkuasa,walaupun pada luarannya nampak kelihatan buruk tapi dalamannya tetap bertenaga.

Gambar Jambatan Bukit Kuang Dalam Kenangan Bersama Hitachi KH-500,otai snap gambar ni semasa jambatan ni dalam proses pembinaan pada 2013 yang lepas,Otai terpaksa memanjat tower crane semata-mata nak snap gambar terbaik ni.sekarang jambatan bukit kuang sudah siap sepenuhnya dan boleh dilalui oleh semua kenderaan.