Halaman

Memaparkan catatan dengan label Crawler Crane. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crawler Crane. Papar semua catatan

15 November 2014

Crane SANY SCC800C Ternyata Mudah Familiar

SANY SCC800C

Kali pertama aku lihat crane SANY SCC800C dengan kapasiti 80 ton ni,aku memang tak berapa yakin untuk mengendalikannya,kenapa aku kurang yakin pada jentera ini,pertama sekali mungkin kerana crane ini Made In China.Yakin atau tidak,aku mesti mengendalikannya juga,kerana aku bekerja di syarikat yang sememangnya mempunyaai crane jenis ni.

Bukan mudah untuk jadikan crane yang baru kita kenalinya supaya lebih Familiar dengan kita.Aku terpaksa menghabiskan masa 2-3 jam untuk mengendalikannya supaya menjadikannya lebih Familiar dengan aku, ternyata salah apa yang aku fikirkan tentang crane SANY SCC800C ni,setelah mengenalinya dengan lebih dekat dapat aku simpulkan Crane SANY SCC800C Ternyata Mudah Familiar dengan pengendalinya iaitu Crane Operator.

1 November 2014

Jambatan Bukit Kuang Dalam Kenangan Bersama Hitachi KH-500


Inilah senjata hebat yang otai operate semasa pembinaan projek susur keluar Jambatan Bukit Kuang pada 2013 yang lepas.Crawler crane Hitachi KH-500 dengan kapasiti 100 ton ni memang berkuasa,walaupun pada luarannya nampak kelihatan buruk tapi dalamannya tetap bertenaga.

Gambar Jambatan Bukit Kuang Dalam Kenangan Bersama Hitachi KH-500,otai snap gambar ni semasa jambatan ni dalam proses pembinaan pada 2013 yang lepas,Otai terpaksa memanjat tower crane semata-mata nak snap gambar terbaik ni.sekarang jambatan bukit kuang sudah siap sepenuhnya dan boleh dilalui oleh semua kenderaan.