Halaman

16 November 2014

Kesilapan Jkkp Pada Pembaharuan Versi Terbaru Sijil Pendaftaran Crane Operator

                                                  
Sedikit sinopsis tentang Jkkp..
Jkkp atau dengan ayat panjangnya ialah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.Jabatan ini merupakan sebuah jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi mengeluarkan Sijil Pendaftaran Crane Operator kepada newbie crane operator yang telah lulus dengan jayanya dalam kursus pengendalian crane.Apabila Sijil Pendaftaran Crane Operator dikeluarkan oleh Jkkp kepada newbie crane operator yang telah tamat kursus pengendalian crane,ini secara automatiknya akan melayakkan newbie crane operator itu digelar sebagai Qualified Crane Operator.
Tamat sinopsis tentan Jkkp..

Disini aku bukan nak bercerita pasal newbie crane operator atau Qualified Crane Operator atau sebagainya,tapi aku nak berkongsi satu masaalah supaya pihak yang bertanggungjawab dalam pengeluaran Sijil Pendaftaran Crane Operator iaitu Jkkp,dapat tahu bahawa adanya masaalah berlaku tentang Kesilapan Jkkp Pada Pembaharuan Versi Terbaru Sijil Pendaftaran Crane Operator.

Sebelum pengumuman dari Jkkp tentang pembaharuan versi lama sijil pendaftaran crane operator kepada versi baru,sijil tersebut adalah bewarna putih dan sijil yang dikeluarkan adalah berasingan,maksud sijil yang berasingan ialah,jika crane operator itu mempumyaai 2-3 course iaitu course mobile,crawler dan tower crane.sijil akan dikeluarkan berasingan iaitu satu sijil untuk satu course.

Pada tahun 2007, Jkkp telah melakukan perubahan pada sijil pendaftaran crane operator versi lama kepada sijil pendaftaran crane operator dalam bentuk versi baru.perubahan versi sijil baru yang dimaksudkan ialah sijil dikeluarkan bewarna hijau dan kesemua course yang diambil iaitu course mobile,crawler dan tower crane telah digabungkan menjadi satu sijil sahaja.

Apa Sebenarnya Kesilapan Yang Jkkp Terlepas Pandang Pada Sijil Pendaftaran Crane Operator Versi Terbaru ni,Punca masaalahnya adalah seperti gambar diatas iaitu dalam boader yang aku warnakan dengan warna merah tu..iaitu kesilapan pada tarikh pendaftaran.

Untuk pengetauhan pihak Jkkp,OK.. aku nak berkongsi cerita masaalah yang timbul pada sijil pendaftaran operator crane kepunyaan aku sendiri.sebenarnya aku mempunyaai 2 sijil pendaftaran crane operator..
1-Sijil Pendaftaran Crane Operator-Mobile Crane
2-Sijil Pendaftaran Crane Operator-Crawler Crane

Kedua-dua Sijil Pendaftaran Crane Operator ni,telah dikeluarkan oleh Jkkp kepada aku pada tahun 1998 ,dan pada tahun 2007 ianya kedua-dua sijil aku ni,telah digabungkan menjadi satu dalam bentuk sijil versi baru,dan yang bermasaalahnya ialah tarikh pendaftaran lama telah berubah menjadi dengan tarikh pendaftaran yang baru.

Dengan sijil versi baru yang menggunakan dengan tarikh pendaftaran baru,dengan kehilangan tarikh pendaftaran lama, Ini bermakna aku telah kehilangan pengalaman kerja sebagai crane operator selama 7 tahun,untuk pengetauhan Jkkp, berapa lama pengalaman kerja adalah amat penting pada setiap crane operator.Agaknya kemanakah, Jkkp telah melupuskan tarikh lama yang sedia ada pada sijil pendaftaran lama crane operator tu.

Aku harap Jkkp dapat mengubah semula sijil yang aku anggap satu kesilapan ini,dan semoga tidak akan berlaku lagi pada crane operator yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan